TERIMA KASIH KERANA BERKESEMPATAN MELAYARI DAN BERSIARAN DENGAN MAMPANfm, RADIO INFOMASI ANDA

Radio MAMPANfm

Radio MAMPANfm

lagu keudara sekarang

lagu telah keudara


Sabtu, 27 November 2010

BERITA KEMATIAN


DIBERITAHU bahawa Cikgu Haji Samsuddin Bin Haji Salikin,mantan Ketua Kampung Separap
telah meninggal dunia pada hari Sabtu 27.11.2010 akibat kemalangan jalanraya di hadapan Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat.Dan telah di kebumikan pada malam tadi.

Kepada keluarganya diucapkan TAKZIAH, dan kami seluruh penduduk Kg. Mampan mendoakan agar rohnya di tempatkan dikalangan roh orang yang soleh.

AL-FATIHAH.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Selasa, 16 November 2010

ON AIR:


Radio MAMPANfm.
RADIO ONLINE MAMPANfm BERSAMA ANDA
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Ahad, 7 November 2010

Gotong-royong"Memerangi Aeddes".


Disekitar Program "Gotong-royong memerangi aeddes"
di Kampung Mampan.

Penerangan dari Pegawai Kesihatan.























Rumusan dari Pegawai Kesihatan.






Rabu, 3 November 2010

GOTONG-ROYONG.

Nyamuk yang boleh membawa maut.

Kita perangi nyamuk aedes.

Dalam usaha untuk membasmi demam denggi yang agak membimbangkan di kawasan Batu Pahat,
satu aktiviti gotong-royong sempena dengan "Kempen Memerangi Nyamuk Aedes" akan
diadakan di Peringkat Mukim.

Bagi Kawasan Kampung Mampan, aktiviti gotong-royong ini akan diadakan
pada hari Ahad, 7 hb. Nobember 2010 bermula pada jam 8.00 pagi.
Untuk majlis penerangan, orangramai diminta berkumpul di perkarangan Masjid Jamek Mampan dan selepas itu aktiviti gotong-royong akan dimulakan.

Penduduk Kampung Mampan dan Parit Rantau diminta keluar beramai-ramai untuk sama-sama dalam gotong-royong ini


Selasa, 2 November 2010

Mampanfm radio online infomasi anda.

Pintu Gerbang dalam imaginasi.

"Mampanfm radio online infomasi anda" masih dalam proses pembentukkannya.

Buat masa ini anda hanya boleh mendengar lagu-lagu yang didengarkan untuk hiburan semua.Diharap anda semua sudi untuk melayarinya. Kami akan mulakan siarannya apabila semuanya sudah lengkap. Terima dari kami.


KAMPUNGKU INDAH PERMAI

Papantanda kampung di waktu malam.

Asal usul Kampung Mampan:
Kampung Mampan ialah sebuah kampung di dalam daerah Batu Pahat, Johor. Kawasan DUN Semerah, dan di dalam Kawasan Parlimen Parit Sulong. Jarak dari Bandar Penggaram lebih kurang 12 kilometer.

Asal usul nama Kampung Mampan ini seperti yang diceritakan oleh Allahyarham Encik Ahmad Bin Taib penduduk asal adalah seperti berikut:

Disekitar tahun 1850 hingga 1900 beberapa orang pemuda dari Tanah Jawa telah meneroka satu kawasan hutan untuk dijadikan petempatan dan juga untuk dijadikan kawasan bercucuk tanam.

Diantara pemuda-pemuda ini ialah Haji Rasul, Haji Arshad, Haji Tahir, Ibrahim dan beberapa orang lagi. Mereka datang ke kawasan ini dengan menaiki sampan mengharungi Selat Melaka berhijrah ke Tanah Melayu hanya dengan harapan untuk mencari rezeki dan meneroka di kawasan ini untuk dijadikan tempat kediaman. Begitulah semangat yang ada pada mereka diwaktu itu.

Walaupun semasa mereka meneroka dan membuka hutan, peralatan penting yang ada hanyalah parang, kapak, gergaji dan cangkul, namun dengan semangat yang kuat dan jitu, mereka terus bekerja secara bergotong-royong dari pagi hingga ke petang dan hanya berehat untuk waktu makan dan bersolat.

Meneroka hutan untuk dijadikan tempat kediaman dan tanah untuk bercucuk tanam bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan halangan seperti berhadapan dengan binatang buas, seperti harimau, ular dan lain-lain lagi, namun segala rintangan dan halangan ini dapat diatasi berkat kerja keras serta semangat dan kegigihan mereka.

Kegigihan dan semangat mereka bekerja menebang pokok hutan yang kadangkala sebesar pemeluk membuatkan mereka terlupa untuk berhenti rehat. Mereka hanya berhenti setelah salah seorang daripada mereka menyeru kawan-kawan untuk berehat, makan tengah hari dan bersolat. Salah seorang daripada mereka akan memekik kawan-kawannya untuk berehat dalam bahasa Jawa " Yok mapan " yang membawa maksud mari berehat untuk makan.Setelah mereka mendengar pekikan suara tadi, mereka barulah berhenti dan berehat sambil menikmati makan tengah hari.

Setelah beberapa lama, hutan yang mereka terokai jadilah satu kawasan petempatan yang terdiri dari beberapa buah rumah kecil, pondok, dan surau serta satu kawasan untuk bercucuk tanam. Diwaktu malam, selepas mereka menunaikan solat Isyak di surau, mereka berbincang untuk menamakan tempat mereka itu. Dalam perbincangan, mereka telah bersetuju untuk menamakan tempat itu dengan nama MAPAN iaitu diambil dari perkataan Yok mapan.

Masa berlalu dengan pantas, begitulah juga dengan "Kampung Mapan" ini. Dari sehari ke sehari, penduduknya semakin ramai dan kawasannya semakin luas. Tempat ini semakin maju dan hasil kampung semakin menjadi. Akhirnya, dari Yok mapan, ia bertukar menjadi Mapan, dan kini menjadi Mampan, iaitu Kampung Mampan., dan kini, tempat yang diterokai oleh pemuda-pemuda yang gigih bekerja dengan semangat waja tanpa mengenal berehat akhirnya dikenali dengan Kampung Mampan.

Mereka kini semuanya telah kembali ke Rahmatullah. Yang tinggal hanya anak cucu, serta cicit mereka, dan ditambah dengan penduduk baru dari sekitarnya. Semoga roh mereka yang menjadi pengasas Kampung Mampan ini akan ditempatkan oleh Allah swt bersama-sama orang -orang yang soleh. Amin.